Peeple

(74) Surat untuk Allah SWT

Menemui Tuhan saya yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

Saya minta Allah SWT melindungi saya, mama abah saya, seluruh ahli keluarga saya dan teman teman rapat saya dari ditimpa musibah dan malapetaka. Jika telah tertulis ada dugaan dari-Mu Ya Allah, moga moga tidak terlalu berat buat kami untuk pikul dan hadapi. 

Mungkin ada beberapa waktu, ada banyak hati yang terluka dan fikiran terganggu kerana kekhilafan saya. Maka, saya redha dan akur dengan hukuman-Mu bahawa saya harus merasa sempit dan sesak sebegini. Walaupun begitu, Kamu tetap mengurniakan saya kudrat untuk tetap berdiri kukuh tak jatuh. Terima kasih tuhan.

Terima kasih juga kerana dalam dugaan yang Kamu berikan kepada saya, Kamu masih menganugerahkan insan insan yang saya tahu betapa besarnya kasih sayang mereka kepada saya. 

Saya akui saya sering mengada-ada yang tiada dan menafi-nafi yang sepatutnya. Yang dimahu tak seberapa, tetapi keinginan bak serigala. Ampunkan saya Tuhan, bila yang dimahu tak memahu, saya jadi perempuan bodoh dan dungu. Saya sengaja membutakan bila sebenarnya saya cukup jelas bahawa baginya, hilang saya selama-lamanya tidak mengapa. Mungkin kerana dulu dimahu atas dasar nafsu.

Bohonglah jika saya kata saya tidak terkesan, Ya Allah. Tetapi saya tidak mahu dipandang lemah seperti tiada maruah. Mengikut kamu, saya harus memaafkan, dan Alhamdulillah, saya sudah lama memaafkan tetapi ampunkan saya, saya tidak mampu melupakan setiap perkara. Tidaklah saya dendam dan tidaklah saya akan pernah lupa.

Maka tuhan saya, jauhkan saya dari rasa amarah, dari terus tersimpan dendam. Sepertimana saya mahu keputusan saya dihormati, saya akur dengan penghabisan ini.

Tuhan, amankan hati saya, hilangkan sendu dan rasa terganggu saya kerana sudah setahun saya dihimpit perasaan sebegini atas pemergian orang yang tidak mahu menetap. Dan bukakan hati saya untuk orang yang sepatutnya.

Yang Ikhlas,
HambaMu yang betulbetul mengharap.
-------------------------------------------------------------------------------------------