Peeple

(82)Kehadapan sayangku

Kehadapan sayangku,

Aku sekarang benarbenar sedang berbahagia.
tapi bukan dengan engkau.

dan maaf. sekiranya kau fikir aku masih lagi bersedih atas sepeninggalan kau, kau salah. benar benar salah.

Sayang, kau fikir usia 37 tahun kau itu sudah cukup mengkhatam hal duniawi dan ukhrawi. Sehingga kau bertuhankan diri sendiri dengan mempersoal takdir tuhan. Kau jahanamkan aku terus ke neraka bila tertampak salah aku,dan mendabik dada seakan kau pemilik syurga. Kenapalah kau fikir kau sehebat itu? 

Sayang, kau juga seorang penipu, kau pembohong, kau pendusta. Segala tipu daya terdefinasikan engkau. kau fikir aku tidak tahu soal perempuan perempuan itu? Kau fikir aku bodoh? Lama dulu aku dah agak.

tapi aku memilih untuk membutakan segalanya. Bahkan, aku sanggup bergaduh bermasam muka dengan teman teman kerana kejalangan yang berpunca dari engkau sendiri.

lantas aku memilih untuk menyalahkan orang lain semata memegang janji aku pada kau, janji yang aku akan menjaga hati kau sebaiknya dengan merobek persahabatan yang aku ada.

tapi, engkau balaskan segalanya dengan berlalu pergi.

sayang, hanya semata selama dua belas bulan aku menyembah kaki kau yang sebenarnya memijak aku, aku akan menangisi hari ini, kau silap.

hari ini, hari pembayaran dosa dosa kau. hari yang paling aku tunggu.
hari yang kau kira hari yang paling bahagia sebenarnya sayang, hari untuk kau sedar, kau cuma layak menikahi perempuan lacur itu yang kau ambil selepas kau melanggani.

selamat pengantin baru mohd rizal abd wahab, kekasih, intan payung, mahkota jiwa. 

-------------------------------------------------------------------------------------------

No comments: