Peeple

(98) Buat anak-anak perempuan ku

Buat anak-anak perempuan yang bakal ku tatang,
bonda menulis saat mata kita belum bertentang,
agar kau tahu betapa bonda menyayang.

dalam kesedangan menyintai kamu,
bonda titip rasa kebimbangan
pada hidup yang bakal kalian hadapkan.

anak-anak perempuanku,
aku mahu mengingatkan,
menjadi perempuan bukan pilihan,
tetapi ketentuan yang terindah dari Tuhan.

untungnya perempuan kerana kecantikan,
yang hanya ada dua golongan,
cantik disisi agama
dan cantik dimata manusia
tapi aku yakin kau cukup bijaksana
untuk memilih antara dua.

anak-anak perempuanku,
dunia hari ini sudah bergolak dan berpecah belah.
harga petrol naik seiring dengan kemarahan marhaenis.
bapak-bapak menteri lantang menyuara bahasa celaka
tidak endah tentang hukum hubungan sesama manusia.

sudah tidak ada peradaban,
dan tidak ada kesantunan.

melihat gadis-gadis harini sudah tidak ada rasa keperempuanan,
rambut pendek, bahasa kasar, tingkah jantan
kufur nikmat yang dianugerah tuhan.
ada juga yang mahu menjadi pusat perhatian,
bila setiap inci tubuh sudah bukan menjadi rahsia yang mampan.
tidak ada keseganan.

Lalu aku khuatir tentang anak-anak perempuan ku,
mintak disimpang segala yang keji,
mintak di jauh segala yang hina,
moga dipenuhkan tuhan dengan rahmah.

hiduplah anak anak ku didunia ini,
dengan berani dan mencinta
bukan pengecut dan membenci.
berjuanglah untuk apa sahaja yang kau percaya.
politik, agama, ekonomi, flora fauna,
mahu pun hiburan
aku sentiasa mendoa semoga kalian berjaya.

sememangnya aku sungguh bimbang
tentang hidup yang bakal kau berdepan,
tapi aku juga yakin pada indah pekertimu,
juga mahal jiwa mu.

Langkahlah dengan berani dan terpelihara,
Penuhkanlah hidupmu dengan hal agama,
dan berjanjilah dengan bonda,
untuk berusaha menatap wajah Yang Esa.

"bonda tidak sempurna,penuh cacat cela dimata manusia,apatah lagi di mata Allah Taalakerana itu, aku titipkan kerisauanatas sebuah karangan.buat pesanan untuk kalianjuga ingatan untuk aku menempuh kehidupan."

No comments: