Peeple

(93) mistake

kerana khilaf, dia berhenti seketika dan merenung setiap sentimeter apa yang terjadi. dalam kelemasan, dia menangis, menyoal tuhan, kenapa semua ini berlaku.

dia terlalu memikirkan. dia terlalu melayankan peristiwa lalu, dia semakin kerdil untuk menapak jalan. semakin dia mencuba perbaiki langkahnya, semakin banyak luka yang harus dia ubati. dan dia tidak mahu berhenti kerana segalanya pasti akan mati.

dia terkeliru bagaimana mahu membayar khilafnya. lemah, longlai, lesu seperti beban yang ditanggungnya sungguh mengecewakan.

dia kini menjadi orang yang paling dirinya benci sambil membayar umur.

No comments: